BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 3, 2011

ENCIK DIMPLE :D




ASSALAMUALAIKUM !

helo, bloggie . terasa nak update pulak malam ni . tengok title, tertanya-tanya ? kejap lagi aku cerita okay . aku baru balik kerja ni . penat gila . dari pukul 1 tengahari sampai pukul 10 malam . aku over-time . dapat duit lebih kan . duduk rumah pun bukan buat apa pun kan . aku jadi presenter drive-thru (DT) hari ni . ramai jugak customer . macam-macam ragam ! tapi aku happy lah dapat kerja . tak kisah sangat pun penat ni . biasalah, kerja kan ? balik tadi parents aku and abang ambil . awal pulak diorang datang ambil . kena lah tunggu dalam setengah jam . diorang pelik aku lambat sangat balik . after kerja terus diorang bawak pergi makan PIZZA HUT ! haha gemukgemuk . haihh =.=

encik dimple...

nak tahu nama dia ke ? tak perlulah okay . hee :D okay , there's a guy working at mcD . aku rasa dia comel sebab ada DIMPLES ! first time aku tengok haiiii meleleh . HAHA *gatai hang naa aqilah bak kata arsyad* si mamat ni asyik buli aku je . nasib baik comel . kejap-kejap , aqilah . kejap-kejap, aqilah . rimas pun ada jugak . yang paling best time break hari sabtu hari tu . break nak sama je pulak kan . dia yang ajak, aku on je . dia lah yang serve semua . siap panggil aku PUTERI lagi . dah lah layan pun macam aku ni tuan puteri . bahagia tahu tak ? hilang penat kerja . haha :D sambil makan, sambil sembang . aku balik pukul lima petang pun sebab dia tahan . dia offer nak hantar aku balik naik motor dia . nak kena bunuh dengan parents aku ? cubaan berani mati tu . aku cabut lari dulu lah . kesian encik dimple . hehe
hari ni, dia masuk kerja pukul berapa entah tadi . lupa . yang pasti mesti lah tegur si aqilah ni dulu . awww <3 ngee :D macam biasa , suka sakat aku . asyik panggil aku awek , tanya aku sihat ke tak banyak kali dan macam-macam lah . GILA =.= manager dengar geleng kepala je . time aku break dia pun sibuk nak kacau . kerja kau siapa nak buat, bangang ! sia-sia kena marah dengan kak fairuz . haha :D
tapi kan, dia masuk kerja kejap je tadi . tiba-tiba dia macam tak ada mood gila and blah macam tu je . aku senyum pun dia tak balas . kenapa ek ? aku pandang je dari tingkap drive-thru time dia start motor dan pergi begitu sahaja *gramatis tak ayat aku ?* harap-harap esok dia masuk kerja . suka pulak dia sakat . semangat sikit nak kerja . kalau tak bosan lah kan . hehe

okay lah, setakat ni je entri malam ni . mengantuk dan penat . nak tidur . esok kerja lagi pukul 12 tengahari . chaiyok yoki ! daa :)

wahai encik dimple, sila datang kerja esok . terima kasih :)

p/s : saja tulis ayat karangan . tak membosankan sangat kan ? :D

0 orang baikk.: